PERMOHONAN PENDAFTARAN KEMASUKAN KE TAHUN SATU SESI
PERSEKOLAHAN 2014
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 01 Mac 2012 sehingga 30 April 2012, permohonan pendaftaran ke Tahun Satu sesi 2014 hendaklah dibuat melalui aplikasi dalam talian ( online ) dengan melayari laman sesawang (web) Jabatan Pelajaran Selangor http://www.moe.gov.my/jpnselangor.
Permohonan hendaklah dibuat mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 01 Mac hingga 30 April 2014
Masa : 8.00 Pagi – 4.00 Petang
Tempat : Pejabat Sekolah
Berikut adalah perkara yang perlu dibawa semasa mendaftar di sekolah :
1. Sijil Lahir / Sijil Anak Angkat – Asal &Salinan
2. Satu Salinan Bil Utiliti ( Bil Elektrik / Bil Air )
3. Satu Salinan Kad Pengenalan Ibu & Bapa / Penjaga
4. Satu Salinan Sijil Nikah
5. Dua Sampul Surat Putih bersaiz 4” x 9”
6. Dua keping setem 60 sen
Permohonan ini adalah pada kanak-kanak yang lahir pada 2. 02.01.2007 – 01.01.2008 ( Sesi Persekolahan 2014 )
Ibu bapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan online dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen-dokumen asal dan salinan yang diperlukan.
Semoga mendapat kerjasama dan perhatian yang sewajarnya.